بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم...Selamat Datang ke Portal Rasmi Sekolah Menengah Tahfiz Harapan

PROGRAM SYOKNYA RAMADAN!

Program Syoknya Ramadan! : Program pemantapan imej dan berbuka puasa bersama pelajar Tahfiz anjuran Pertubuhan Mujahideen98 Selangor yang telah berlangsung pada 15 April 2023.

LAGI

BENGKEL TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN (IHYA RAMADAN) 2023

BENGKEL TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN (IHYA RAMADAN) 2023 ANJURAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) DAERAH KUALA LANGAT
Tarikh: 8/4/2023
Hari : Sabtu
Masa : 7.30-12.00 tengah hari

LAGI

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ HARAPAN PULANG KE ASRAM

Hari ini🎗Perjalanan Pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Harapan Pulang ke Asrama pada
Tarikh : 21 Sya’ban 1442 H🗓4 April 2021 M
Masa : 🕒3.00 pm - 6.00 pm🕕
Perbetulkan niat dalam menuntut ilmu dan mencari keredhaan Allah , buat ibubapa dan penjaga warga serta anak-anak pelajar-pelajar sekalian ,

🌺Fiman Allah dalam al-Quranul Karim pada surah al-Mujadilah ayat kesebelas halaman/mukasurat 543
يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.
Dalil ini tersebut menunjukkan akan wujudnya ganjaran di akhirat dan karamah (kemuliaan) di dunia. Maka dengan itu, diangkat orang yang beriman daripada orang yang tidak beriman dan orang yang alim daripada orang yang bukan alim .
Berkata Ibn Mas’ud RA bahawa Allah SWT telah memuji ulama’ di dalam ayat ini iaitu Allah SWT mengangkat orang-orang beriman yang diberi ilmu di atas orang-orang beriman yang tidak diberikan ilmu dengan beberapa darjat. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi,17/299]
Antara kelebihan yang disebutkan dalam Hadith baginda nabi muhammad ﷺ .
🌸 مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]
📜Fiqh al-Hadith yang boleh dikeluarkan daripada hadith ini:
(1) Allah SWT akan memudahkan jalan ke Syurga.
(2) Kelebihan datang ke masjid sebagai tempat utama dan tempat-tempat pengajian ilmu untuk mempelajari al-Qur’an.
(3) Mendapat sakinah dan rahmat daripada Allah SWT.
(4) Mendapat perlindungan daripada para malaikat.
Syarat yang diperlukan untuk mendapat semua ini perlulah dengan niat yang betul.
📚Kata-Kata Hikmah Berkaitan Kepentingan Ilmu
🌸Telah berkata Ibn Abbas RA: “Aku merendah diri ketika menuntut ilmu maka aku dimuliakan ketika diminta mengajarkan ilmu”.
🌸Telah berkata Abu Darda’ RA: “Aku mempelajari satu masalah ilmu itu lebih aku suka daripada qiyamullail”.
🌸Telah berkata Ibn al-Mubarak RA: “Aku hairan dengan orang yang tidak pernah menuntut ilmu. Bagaimana dia boleh mendakwa dirinya mulia?”.
🌸Telah berkata Imam al-Syafi’e RA: “Menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadah sunat”.

LAGI

HARI PERTAMA CALON-CALON SPM

Hari Pertama Calon-calon SPM 2020 SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ HARAPAN JENJROM hari isnin 🗓22 Februari 2021 . Semoga berjaya dengan cemerlang
Doa untuk anak² yang mengambil SPM 2020. Batch yang paling istimewa🤗🤗
Jom sama² kita doakan.
‎. *بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
‎*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
‎ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
‎ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
‎ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين
*Ya Allah,*
Pd 22hb. February ini anak2 kami, anak2 saudara kami, anak2 sahabat kami mulai akan menduduki peperiksaan SPM.
Kami bermohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.
*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak2 kami di sepanjang peperiksaan mereka berlangsung nanti YA ALLAH....
Jauhi lah mereka dari virus Covid19 ini ya ALLAH.
Permudahkanlah mereka menjawab semua soalan di dalam setiap mata pelajaran yg mereka ambil nanti YA ALLAH.... Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan seperti mana skema jawapan.
*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi YA ALLAH...., semoga menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah serta menghampiri diri mereka kepada-Mu ya Allah.
*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada-Mu agar akhlak anak2 kami diperbaiki.
*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak2 kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak2 kami untuk berada di bawah penjagaan-Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat2 yang Engkau redai. Jauhilah mereka berada di tempat2 yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka dari melakukan amalan2 yang membawa mereka ke neraka-Mu ya Allah.
*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau lalaikan mereka dengan perkara2 yang tidak berfaedah YA ALLAH.
*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa-doa kami ini.
‎ رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
‎ رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
‎ رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
‎ رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. ٱللّهم نجح لأبناءنا فى الإمتحان SPM هذا العام...، وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
‎ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.
‎آمِيّنْ آمِيّنْ يَارَبَّ العَـــالَمِيْن

LAGI

AYUH REBUT PAHALA


بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
کيمڤين إنفق باݢي دانا ڤنديديقن أنق٢ ڤلاجر سکوله تحفيظ هارڤن دكامڤوڠ جنجاروم ، يڠ مان کيمڤين إنفق دانا ڤنديديقن إين اداله دخوصوصکن باݢي توجوان أوتام کامي دڤيهق ڤڠوروسن سکوله أݢر داڤت ممبنتو دان ممبريکن جالن دالم مريڠنکن ببن ڤلاجر٢ يڠ سدڠ ملاکوکن ڤروسيس ڤمبلاجرن برمولا دري عمور ١٣ تاهون دتيڠکاتن ساتو سهيڠݢ تيمڤوه ليم تاتون يڠ براخير ڤد عمور ١٧ تاهون دتيڠکاتن ليم . ڤڽومبڠ باݢي کيمڤين إنفق دانا ڤنديدي… See more
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Peace, mercy and blessings of Allah be upon you
کيمڤين إنفق باݢي دانا ڤنديديقن أنق٢ ڤلاجر سکوله تحفيظ هارڤن دكامڤوڠ جنجاروم ، يڠ مان کيمڤين إنفق دانا ڤنديديقن إين اداله دخوصوصکن باݢي توجوان أوتام کامي دڤيهق ڤڠوروسن سکوله أݢر داڤت ممبنتو دان ممبريکن جالن دالم مريڠنکن ببن ڤلاجر٢ يڠ سدڠ ملاکوکن ڤروسيس ڤمبلاجرن برمولا دري عمور ١٣ تاهون دتيڠکاتن ساتو سهيڠݢ تيمڤوه ليم تاتون يڠ براخير ڤد عمور ١٧ تاهون دتيڠکاتن ليم . ڤڽومبڠ باݢي کيمڤين إنفق دانا ڤنديديقن إين اداله تربوك کڤد سموا ݢولوڠن دان ڤريڠکت عمور . جک أندا ايڠين منداڤتکن معلومت لبيه لنجوت ، سيلا هوبوڠي
whatsapp. My/60133090353 (Vtoa School)
Atau
Hoboi responds to Dtalin school
+60331917809
Atau
Lairy Blushvot photo of kami
https://smtharapan.blogspot.com

LAGI

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA USTAZ MOHAMAD RAFEE BIN WAGIMIN

Sekalung penghargaan kepada Ustaz Mohamad Rafee bin Wagimin , Tuan Pengetua di atas penghargaan dari Jabatan Agama Islam Selangor Bahagian Pendidikan Islam . Syukur Alhamdulillah . Semoga bidang pendidikan khususnya buat sekolah agama dan secara umumnya sekolah aliran pendidikan perdana baik swasta dan kementerian terus menyediakan wadah pendidikan yang berkualiti dan berterusan dan mampan demi memartabatkan anak-anak bangsa yang dikasihi Allah di muka bumi ini . , Tuan Pengetua di atas penghargaan dari Jabatan Agama Islam Selangor Bahagian Pendidikan Islam . Syukur Alhamdulillah . Semoga bidang pendidikan khususnya buat sekolah agama dan secara umumnya sekolah aliran pendidikan perdana baik swasta dan kementerian terus menyediakan wadah pendidikan yang berkualiti dan berterusan dan mampan demi memartabatkan anak-anak bangsa yang dikasihi Allah di muka bumi ini .

LAGI

Image News
Image News

Image Banner